ALK KOPERASI
PENGERUSI
EN. HJ. ABU BAKAR BIN YUSOFF merupakan Pengerusi KOKAMAS yang sangat berjasa sejak awal penubuhan KOKAMAS. Pada awal penubuhan KOKAMAS, beliau pada ketika itu menyandang jawatan sebagai Imam serta Pengerusi jawatan kuasa khariah Zon Mawar dan Zon Kenanga bersama pengasas lain iaitu Encik Hj. Ayob bin Jabal dan Tuan Haji Md Tahir bin Saad dari Zon Kenanga memulakan langkah pertama yang membawa kepada penubuhan KOKAMAS pada tahun 2016. Selain itu, beliau merupakan Imam di Masjid Imam An-Nawawi, Ambangan Heights sejak ditubuhkan pada tahun 2020.
BENDAHARI
EN. AHMAD BIN ROSE menyertai koperasi sejah ditubuhkan dan dilantik sebagai ALK pada Januari 2021. Beliau telah dilantik sebagai Bendahari mulai 1 Februari 2022 dan ditugaskan memimpin unit pemborongan dan peruncitan. Hasil kesungguhan yang dijalankan beliau telah berjaya menubuhkan Pasar Mini Coopmart yang mula beroperasi pada 10 Oktober 2022 yang mana pasar mini tersebut merupakan salah satu cabang perniagaan KOKAMAS.
SETIAUSAHA
EN. HJ AYOB BIN HJ JABAL merupakan pengasas penubuhan Koperasi Kariah Masjid
Ambangan Heights Kedah Berhad (KOKAMAS). Beliau bersama pengasas lain iaitu
Tuan Hj Abu Bakar bin Yusoff merangkap Imam / Pengerusi Jawatankuasa Kariah
Zon Kenanga dan Mawar dan Tuan Haji Md Tahir bin Saad dari Zon Kenanga memulakan langkah pertama yang membawa kepada penubuhan KOKAMAS pada tahun 2016. Beliau merupakan pesara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Sekudai, pernah dilantik sebagai Juru Audit Dalaman (JAD) Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad(KUTMB) dari 1995 hingga 2003 dan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) KUTMB dari 2004 hingga 2012. Manakala dalam ANGKASA (Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad), beliau dilantik sebagai ALK Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad (KONSORMAS) bermula tahun 2019 hingga kini dan beliau juga merupakan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Kedah (JPAN) sebagai Ahli Jawatankuasa mulai Ogos 2021 hingga kini.
AHLI LEMBAGA KOPERASI
HJ ZAHRI BIN AHMAD menyertai Kopeasi sejak mula ditubuhkan. Beliau telah dilantik sbagai ALK pada bulan oktober 2023 sebagai Pengerusi Jawatan kuasa Pemborongan dan Peruncitan.
AHLI LEMBAGA KOPERASI
PN IDAWANI BINTI JASIN mula menyertai Koperasi sejak ditubuhkan, dan beliau dilantik sebagai ALK pada Oktober 2023 sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pendidikan dan Sosial
AHLI LEMBAGA KOPERASI
Majer (B) MD SAID BIN ISHAK mula menyertai Koperasi sejak ditubuhkan dan mempunyai pengalaman yang luas dalam Koperasi. Beliau di lantik sebagai ALK pada Oktober 2023 dan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Unit Keterjaminan Makanan
AHLI LEMBAGA KOPERASI
EN. NAZARUDIN BIN ISMAIL mula menyertai Koperasi pada tahun 2020 dan dilantik sebagai ALK pada Oktober 2023 dan memegang portfolio Badan Pengurusan Khairat Kematian & Keanggotaan KOKAMAS.
AHLI LEMBAGA KOPERASI
EN. MOHAMMAD SOLLEH BIN MAT JAAFAR menyertai koperasi sejak awal penubuhan koperasi. beliau dilantik sebgaai ALK pada oktober 2023. Beliau merupakan Pengerusi Badan Pengurusan Khairat Kematian dan Keanggotaan.
AHLI LEMBAGA KOPERASI
CIK UMAIMAH BINTI WAN MOHD BADRUDIN. Mula menyertai koperasi sejak awal penubuhan koperasi. Beliau dilantik sebgaai ALK pada Oktober 2023. Beliau merupakan Pengerusi Unit promosi dan IT.